Monday, 14 July 2014

FARMASI FATTAH: BERMULANYA SEBUAH PERJALANAN

BISMILLAH. DENGAN NAMA ALLAH..

Syukur kepada Allah swt di atas segala nikmat yang tak terhitung banyaknya. Alhamdulillah pada 1 Jun 2014 yang lepas secara rasminya Farmasi Fattah telah dibuka dan memulakan aktiviti perniagaan. Walaupun sebenarnya tarikh tu dah delay sebulan dari perancangan awal saya, tapi kita hanya merancang sedangkan perancangan Allah swt adalah yang sebaik- baiknya.

Kedai Farmasi Fatttah ni terletak di A-0-4 Kondo 900, Jalan Darulaman Golf & Country Club, Bandar Darulaman Jitra. Jika anda nak ke Tasik Darulaman Jitra, sebelum sampaike tasik tu, anda akan nampak Farmasi Fattah ni, di sebelah kanan anda. Dengan adanya kedai kami di sini, diharap kami dapat bantu penduduk sekitar seperti penduduk Kondo 900, Taman Tunku Sarina, Darulaman Heights, Taman Suasana Permai, Taman Suasana Damai, Taman Suasana Indah, Kem Kelubi dan penduduk sekitar, untuk dapatkan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan lain- lain keperluan kesihatan mereka.

Seperti yang tertera di banner depan kedai tu, kami beroperasi dari 8.00 pagi hingga pukul 10.00 malam setiap hari kecuali Hari Raya dan Hari Raya Haji. Kami jugak menyediakan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah (yang ni PERCUMA), pemeriksaan gula darah, pemeriksaan kolesterol darah, pemeriksaan berat badan, ujian urin kehamilan (UPT)dan kaunseling ubat- ubatan. Pemeriksaan BMI dan urik asid dalam darah insyaAllah akan menyusul tak lama lagi.




Doakan yang tebaik untuk saya dan Farmasi Fattah ni ye, tuan- tuan. Semoga dengan Farmasi Fattah ni saya dapat lebih memberi manfaat kepada lebih ramai orang kerana ada hadis Nabi Mehammad saw yang bermaksud 'sebaik- baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada ramai orang'. Semoga kita termasuk salah seorang dalam golongan di atas. Amiiiiiin.

#sayadoakanandasemuasihat
#jikasakitjgnlupadatangkefarmasifattah